Rencana | Apakah benar Anwar mempunyai majoriti sokongan?

Mencetuskan kegemparan adalah antara kaedah menaikkan populariti dan rating politikus. Maka jangan hairan apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan pada 23 September lepas bahawa ‘kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang’ dengan dakwaan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Sekali lagi Anwar gagal menyatakan angka majoriti tersebut di hadapan pihak media. Beliau tidak berani menyebut nombor yang tepat dan benar, hanya spekulasi yang dimainkan oleh moderator-moderator media sosial atau cytroo PKR bahawa Anwar ada 123 sokongan ahli-ahli parlimen. Kemudian angka itu berubah-ubah menjadi 125, 130, 135 dan sebagainya.

Lebih malang, apabila kita melihat ‘kotak pemikiran’ tiap pentaksub Anwar, mereka akan menyindir pihak-pihak yang tak bersetuju dengan kata-kata meminta ‘jangan gusar, jangan goyang, kenapa perlu gelabah, kekal tenang’ dan pelbagai lagi sindiran.

Kelompok pentaksub Anwar ibarat terpukau dan berhalusinasi bahawa Anwar bakal menjadi PM, lebih lagi setelah Anwar mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa YDP Agong memberi perkenan mengadap pada 13 Oktober 2020. Sungguh bertuah Anwar kerana memiliki sejumlah pentaksub yang kekal setia dan menyakini beliau. Cuma simpati harus diberikan kerana mereka dipesona oleh taktikal politik peribadi Anwar.

Anwar menyedari populariti sudah merundum, dan beliau pasti meneliti laporan kajiselidik Merdeka Center yang dikeluarkan dua bulan lepas. Tahap sokongan Melayu kepada PH sudah jatuh teruk ke paras 17 peratus dan sokongan rakyat kepada PH jatuh kepada 25 peratus berbanding 64 peratus semasa PRU-14. Itu belum melibatkan secara khusus sokongan kepada PKR. Mungkin lebih merosot.

Merdeka Center juga pernah mengeluarkan kajiselidik pada November 2019 tahap populariti beberapa tokoh politik negara. Ketika itu, hasil kajiselidik itu menunjukkan sokongan Melayu kepada Dr Mahathir Mohamad adalah 59 peratus berbanding Anwar Ibrahim (15%).

Ada bekas rakan-rakan politik Anwar pernah menyatakan Anwar mempunyai perasaan takut dan bimbang apabila rakyat tak lagi menyebut atau memuja nama beliau. Lantas tak hairanlah jika Anwar berani melakukan ‘kaedah kegemparan politik’.

Selepas Perikatan Nasional memenangi PRN Sabah melalui koalisi ‘Gabungan Rakyat Sabah’ (GRS), perbalahan dalaman PH kian merebak. Pimpinan utama DAP sendiri menjadi ragu-ragu dengan tindakan Anwar pada 23 September lepas. Mereka sendiri tidak mengetahui secara jelas matlamat dan tujuan Anwar.

Sudah ada riak-riak bahawa Anwar mungkin diketepikan oleh rakan-rakan politik dalam PH termasuk Warisan. DAP, Amanah, Warisan dan UPKO seperti sudah ada ‘kesediaan politik’ melaksanakan gerakan pemisahan daripada Anwar dan PKR. Keterujaan Anwar untuk mendapatkan kerjasama Umno dilihat sebagai ‘mengenepikan’ peranan DAP sebagai tonggak utama PH.

Satu persatu ahli parlimen Umno yang dikaitkan dengan ‘Langkah Meridien’ membuat kenyataan rasmi tidak terlibat dengan gerakan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin. Ini pukulan maut buat Anwar. PAS dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.

Setakat ini hanya 38 MP PKR (termasuk Anwar) yang berada menyokong Anwar. DAP dan Amanah sudah berada di persimpangan. Tak mustahil ilham mewujudkan Warisan Plus semasa PRN Sabah lepas adalah bayangan mewujudkan blok baru pembangkang. Shafie Afdal mungkin boleh diangkat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat menggantikan Anwar. Jumlah MP DAP, Amanah, Warisan, UPKO dan Pejuang sudah cukup untuk menzahirkan Shafie dilantik sebagai ketua pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: