Terus bekerja selepas kuarantin 14 hari
12 Oktober, PUTRAJAYA: Selepas mendapat pengesahan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) negatif Covid-19, YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini kembali bertugas ke pejabat beliau di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan tugasan penting.
Beliau memulakan tugas rasmi pagi ini dengan sesi rakaman ucapan perasmian Cities 4.0 Conference And Exhibition 2020.

Selepas itu beliau mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Belanjawan kementerian di Bilik Berlian, KPKT yang turut disertai Timbalan Menteri KPKT Datuk Seri Ismail Muttalib secara atas talian.

