JAS siasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Port Dickson – Exco

PORT DICKSON, 12 Okt — Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kejadian.

“Kita masih belum mengetahui punca sebenar berlakunya tumpahan minyak di kawasan persisiran pantai berkenaan. Bagaimanapun, kita mengesyaki ia adalah minyak daripada enjin kapal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja pembersihan sedang dilakukan dan menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai berkenaan, sehingga proses itu selesai dilakukan.

Hari ini, tular di laman sosial Facebook sebuah video insiden dipercayai tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10, sehingga mencemarkan pantai berkenaan di sepanjang tiga kilometer.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: