Operasi Sanitasi Awam 13 Oktober 2020
Sebanyak 19 operasi sanitasi meliputi satu zon merah, tujuh zon kuning dan tujuh zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan tujuh buah negeri iaitu Sarawak (4 operasi), Pulau Pinang (4 operasi), Kedah (4 operasi), Melaka (2 operasi), Pahang (1 operasi), Perak (1 operasi), Perlis (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (2 operasi).
Sehingga kini (30 Mac 2020–13 Oktober 2020), operasi telah dikendalikan oleh KPKT melalui Jabatan Bomba merangkumi 13,183 premis yang terdiri daripada 2,722 pusat perniagaan, 1,605 kawasan perumahan termasuk PPR.
Ia turut melibatkan 2,634 tempat awam, 354 pasar raya dan 5,868 bangunan kerajaan.
