Semakan status permohonan dan rayuan BPN 2.0
Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/.
Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.
Semakan Status Dan Permohonan Baharu Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini