Komuniti |PeKT Kuala Selangor gotong royong bersihkan perkuburan
Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menjalankan program Gotong Royong Tanah Perkuburan Hindu Jalan Kelab Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 11 Oktober lepas.
Program ini adalah inisiatif yang diketuai oleh Puan Shoba Selvarajoo, salah seorang PeKT Kuala Selangor.
Kerja-kerja gotong royong tersebut turut disertai oleh ahli-ahli PeKT dari kawasan parlimen lain iaitu Puan Yamunadavey (PeKT Shah Alam), Encik Hariprashanth (PeKT Tanjung Karang), Encik Idham Hassan, Ketua-ketua Kuil Kampung Kuantan, Ketua Persatuan Perkuburan Hindu Kampung Kuantan.



