PAS seru parti politik beri sokongan padu kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt — PAS menyeru semua parti politik yang telah diberi amanah untuk membentuk kerajaan supaya memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ini adalah penting bagi membolehkan kerajaan berfungsi dengan baik dan efektif selain menumpukan kepada usaha menangani penularan semula pandemik COVID-19 serta langkah memulihkan eknomi negara yang teruk terjejas.

Beliau berkata Jemaah Kabinet dianggotai oleh gabungan parti mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab serta memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat.

“PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih ke hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan PAS itu dikeluarkan susulan Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu yang mendakwa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: