Teori Kamal Hatta: Anwar menipu Agong dan rakyat

Sungguh dasyhat kotak fikiran kelompok penyokong dan pentaksub Anwar Ibrahim. Satu Malaysia sendiri nampak penipuan Anwar. Semua rakyat nampak Anwar mengadap Agong semalam (13 Oktober) dan pertemuan tak sampai 30 minit itu tidak ada kaitan dengan dia bakal menjadi PM.

Istana Negara pun bijak, terus keluar kenyataan rasmi sesudah Anwar mengadap Agong. Titah Al-Sultan Abdullah dalam kenyataan rasmi itu jelas menyatakan kedatangan Anwar hanya menyebut mempunyai sokongan 120 tetapi tidak menyerahkan senarai nama atau dokumen yang didakwa oleh Anwar telah tunjukkan kepada Agong. Itu Anwar sebut dalam sidang media dia jam 2 petang hari yang sama.

Kau orang nampak, Anwar sengaja ingkar dengan titah Agong. Kau orang boleh baca sendiri titah Agong dalam kenyataan rasmi di bawah;

Kau orang baca pada perenggan yang ditanda warna biru dalam gambar atas. Anwar kencing media, rakyat dan kontra dengan titah Agong.

Sudah-sudahlah nak percaya politik kencing Anwar ni. Aku dah muak dengan lakonan politik Anwar. Kau orang buta kayu ke? Anwar masih ulang langkah serupa. Projek 16 September 2008 kau orang lupa? Kononnya 30 MP BN akan lompat keluar dan sertai Pakatan Rakyat masa tu. Kita dikencing hidup-hidup oleh Anwar. Projek kudeta kerajaan ni gagal.

Kelompok penyokong dan pentaksub Anwar masih mempercayai bahawa Anwar ada ‘sokongan’ 120 MP. Sekejap 130, sekejap 123. Pening puak ni. Macai-macai cyber PKR sedaya upaya menegakkan benang basah konon Anwar bertindak bijak dengan tidak menunjukkan senarai nama MP yang menyokong dia. Bodoh sungguh. Cara politik kencing begini sangat ketara. Kelompok penyokong dan pentaksub Anwar diyakinkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah tumbang. Mereka juga diberi gambaran palsu bahawa Muhyiddin dan Azmin telah gelabah.

Bukan sekali dua Anwar buat penipuan politik. Sepanjang 22 bulan PH berkuasa, minyak petrol gagal turun harga bawah paras RM1.50, itu pun lebih banyak naik daripada turun. Wabak Covid-19 memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional, rakyat Malaysia akhirnya menikmati harga petrol bawah RM1.50 beberapa bulan lepas. Betul ia ikut harga pasaran dunia kerana permintaan rendah, tetapi semasa PH perintah dan ketika harga pasaran dunia turun kenapa PH tak berani turunkan harga bawah RM1.60?

Agong sebut Anwar tak serah bukti sokongan, Anwar dakwa persembah dokumen majoriti pada Agong. Anwar nak tipu rakyat lagi.

Kau orang tengok berita akhbar di atas, mana yang lebih dipercayai? Apakah kau orang nak menjadi manusia ingkar kepada Agong dengan membela Anwar yang terangan kelentong?

Itu sebab Agong panggil Kuli, antara proksi Raja-raja Melayu yang ada dalam politik Malaysia. Agong nak pastikan kesahihan dakwaan Anwar. Raja-raja Melayu bukan buta kayu, pihak Istana juga ada pasukan risik dan strategis.

Semua macai-macai PKR dah melebong kononnya Kuli nak caras Muhyiddin dan bekerjasama dengan Anwar. Baca balik sejarah lama bai. Kuli memang tak suka cara politik Anwar. Kalau Anwar tak wujud dalam Umno waktu itu, tak berlaku krisis Mahathir-Kuli.

Aku harap kelompok penyokong dan pentaksub Anwar cepat-cepat sedar dan bertaubat. Kau orang terlalu terpedaya dengan kata-kata retorik Anwar. Kalau nak tukar kerajaan atas usaha tangan Anwar, dah lama jadi. Tapi tak pernah pun jadi. Kau orang kena kencinglah sampai dia bersara politik.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: