Zuraida Kamaruddin: Hargai anggota Bomba wira masyarakat

15 Oktober, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkilan berikutan kejadian anggota bomba dikasari ketika bertugas.

Semalam tular beberapa rakaman video insiden melibatkan Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikasari sewaktu menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran melibatkan kemalangan berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.

Beliau turut menegaskan Anggota JBPM merupakan salah satu petugas di barisan hadapan yang bekerja dan pengorbanan mereka seharusnya diiktiraf masyarakat.

Individu yang terlibat dalam kejadian tersebut dilaporkan berada dalam
keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas kenderaan menjumpai senjata tajam berupa pisau pemotong daging.
Anggota Bomba yang dipukul oleh individu awam itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Hajah Zuraida berharap siasatan dapat dijalankan segera dan
mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: