Projek Komuniti Hub, suatu inisiatif prihatin masyarakat

Projek Komuniti Hab merupakan satu “Ruang Sosial Generasi Baharu” bagi memperkasakan komuniti yang sejahtera dalam mencapai Agenda Mampan 2030 selaras dengan Dasar Komuniti Negara.

Kewujudan projek ini dapat membantu kerajaan dan
swasta berkolabarasi dalam menangani isu-isu komuniti
setempat melalui program kemasyarakatan dan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

Kebun Komuniti antara program Komuniti Hub

Projek Komuniti Hub memberi tumpuan khusus tiga kumpulan masyarakat iaitu miskin bandar, asnaf dan komuniti B40.

Projek Komuniti Hub ini berperanan menangani kehidupan kian mencabar golongan tersebut dengan kaedah memberdaya komuniti dengan pelbagai aktiviti, mengenal pasti aktiviti ekonomi yang bersesuaian, pengenalan kemahiran berfokus dan membantu menyampaikan dasar-dasar Kerajaan.

Komuniti Hub pertama yang diwujudkan adalah Komuniti Hub PPR Beringin, Kepong pada
Oktober 2018, kemudian di Taman Dagang, Ampang Jaya pada
Disember 2019. Manakala Komuniti Hub Taman Murai Jaya, Durian Tunggal Melaka merupakan Komuniti Hub ketiga yang diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

#PrihatinTerusBekerja #KPKT #KomunitiHub #DasarKomunitiNegara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: