Kerajaan perihatin dan terus bekerja demi negara

Selepas berlangsung pilihan raya negeri Sabah pada 26 September lalu, negara berhadapan dengan gelombang baru Covid-19 dengan peningkatan mendadak kes dan semalam (17 Oktober 2020) kes tertinggi telah dicatatkan sebanyak 869 kes sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Ketika kerajaan berusaha menanggani wabak melalui Kementerian Kesihatan Malaysia serta sokongan pasukan barisan hadapan, segelintir kelompok politik menangguk di air keruh mengambil kesempatan mahu menggugat keadaan politik negara.

Namun begitu, kebijaksanaan politik oleh Muhyiddin Yassin dan pasukannya mentadbir, kemelut politik dapat diatasi.

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin sendiri menjadi indidvidu politik akur kepada perintah kuarantin 14 hari selepas beliau kembali daripada Sabah.

Akan tetapi suasana politik yang berlaku dan perkembangan semasa Covid-19 tidak menghalang beliau meneruskan kerja serta peranan menteri. Gerak kerja tetap berlangsung dari kediaman. Kecanggihan teknologi komunikasi menjadi ‘jambatan hubungan’ dengan ketua-ketua jabatan.

Operasi Sanitasi Awam kekal dilaksanakan oleh Jabatan Bomba di seluruh negara dan Menteri Kanan Ismail Sabri terus melaporkan progres operasi secara rasmi.

Komitmen tinggi kerajaan menangani wabak Covid-19 bukan isu remeh yang diperlekehkan oleh segelintir politikus pembangkang melalui media sosial. Walaupun berlaku sekatan dan kawalan ketat tetapi ia bukan keseluruhan. Ia hanya melibatkan kawasan-kawasan zon merah.

Keperihatinan kerajaan yang ditonjolkan bukan meraih sentimen politik semata-mata. Hal wabak Covid-19 bukan seperti politik fatamorgana Anwar Ibrahim yang menipu rakyat. Kerajaan berada dalam keadaan sebenar dan melaluinya agar keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dijaga.

Inilah keperihatinan dan komitmen terus bekerja demi negara. #perihatinterusbekerja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: