Menteri KPKT sumbang RM5,000 kepada kuil Hindu 113 tahun
Perihatin atas keperluan masyarakat bagi keselesaan untuk menjalankan upacara ibadat, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menyumbangkan RM5,000 kepada Kuil Sri Muneswaraar Amman Aalayam di Kuala Selangor.
Penyelaras Penggerak Komuniti Negara Parlimen Kuala Selangor Puan Shoba Selvarajoo telah mewakili YB Hajah Zuraida Kamaruddin menyampaikan cek sumbangan kepada pihak pengurusan kuil.


Kuil Hindu tersebut telah berusia 113 tahun dan antara yang tertua di Kuala Selangor.