Operasi Sanitasi Awam berterusan bagi memutuskan rantaian Covid-19

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,548 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 19 zon merah, 53 zon kuning dan 64 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Setakat 17 Oktober 2020 (Sabtu) sebanyak 38 operasi sanitasi meliput 8 zon merah, 11 zon kuning dan 5 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 9 buah negeri iaitu Melaka (8 operasi), Sabah (6 operasi), Kedah (4 operasi), Terengganu (3 operasi), Pulau Pinang (3 operasi), Sarawak (2 operasi), Selangor (2 operasi), Pahang (2 operasi), Johor (1 operasi), serta 2 buah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur (6 operasi) dan Putrajaya (1 operasi).

Sepanjang tempoh (30 Mac 2020 – 17 Oktober 2020), operasi telah merangkumi 13,242 premis yang terdiri daripada 2,732 pusat perniagaan, 1,605 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,638 tempat awam, 354 pasar raya dan 5,913 bangunan kerajaan.

Kelangsungan operasi sanitasi ini membuktikan tahap keperihatinan kerajaan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. #PerihatinTerusBekerja #PerikatanNasional

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: