Perihatin Terus Bekerja: Operasi Sanitasi Awam berterusan tanggani wabak
Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan sebanyak 10,565 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 22 zon merah, 51 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Setakat 18 Oktober 2020 (Ahad), 17 operasi sanitasi melibatkan 6 zon merah, 2 zon kuning dan 3 zon hijau telah dilaksanakan yang membabitkan 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang (5 operasi), Sabah (5 operasi), Selangor (1 operasi), Sarawak (1 operasi), Perlis (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4 operasi).
Sejak operasi dimulakan (30 Mac 2020 – 18 Oktober 2020), operasi telah merangkumi 13,252 premis yang terdiri daripada 2,735 pusat perniagaan, 1,607 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,638 tempat awam, 354 pasar raya dan 5,918 bangunan kerajaan.