Kerjasama Bomba & Pejabat Parlimen Ampang bantu penduduk salur bekalan air

19 Oktober, Ampang: Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat pencemaran air Sungai Selangor telah menyebabkan operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor telah dihentikan seawal pagi.

Pengguna-pengguna bekalan air di Lembah Kelang paling terjejas akibat henti operasi LRA Sungai Selangor oleh Air Selangor yang turun melibatkan kawasan-kawasan dalam Parlimen Ampang.

Pejabat Parlimen Ampang telah menggerakkan langkah kecemasan dengan kerjasama Jabatan Bomba Ampang memberi bantuan air bersih malam tadi.

Bantuan air bersih itu bermula sejak 5:00 petang hingga tengah malam di Taman Tasek Tambahan, Kampung Dato Mufti Shuib, Pandan Indah, Taman Kosas dan beberapa kawasan sekitar yang terjejas.

Rata-rata penduduk begitu menghargai bantuan yang digerakkan oleh Bilik Bencana Pejabat Parlimen Ampang dengan kerjasama Jabatan Bomba Ampang. #perihatinterusbekerja #bombamalaysia #parlimenampang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: