Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya
20 Oktober 2020, Shah Alam: Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya hari ini.
Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan media rasmi memaklumkan perkenan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj status Subang Jaya sebagai bandaraya dan naiktaraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Subang Jaya menjadi bandaraya ketiga dalam Daerah Petaling selepas Shah Alam dan Petaling Jaya.
Bandaraya Subang Jaya meliputi beberapa kawasan perbandaran utama dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya iaitu Subang Jaya, Bandar Sunway, Bandar Puchong Jaya, Bandar Kinrara, Seri Kembangan dan Sri Serdang.


