Bina muka sauk di hulu sungai elak pencemaran air, Zakaria Abdul Hamid

Walaupun menerajui FINAS, sebenarnya Zakaria Abdul Hamid adalah pakar dalam bidang ‘environment & planning’.

Zakaria melalui satu tulisan beliau di FB telah mengemukakan cadangan mengatasi masalah pencemaran air sungai yang berlaku di Selangor.

Zakaria Abdul Hamid

Dalam tulisan tersebut, masalah pencemaran bekalan air mentah berpunca daripada kegagalan perancangan menempatkan muka sauk (water intake point).

Zakaria telah mencadangkan penyelesaian dengan membina semula muka sauk di hulu sungai yang jauh daripada petempatan manusia dan kawasan perindustrian.

Kemudian air mentah tersebut dialirkan dengan sistem saliran paip ke loji-loji rawatan air (LRA) sedia ada.

Menurut Zakaria lagi, walaupun ia memberi implikasi kos yang tinggi untuk membina sistem saliran paip tetapi ia sangat berbaloi untuk jangka masa panjang dan secara langsung ia mampu mengatasi masalah pencemaran bekalan air yang sering dialami oleh Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: