Tahap persediaan tinggi, operasi sanitasi berterusan tanggani wabak Covid-19

Tahap persediaan kerajaan menanggani wabak Covid-19 berada pada peringkat tertinggi melalui kerjasama yang dijalankan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan barisan hadapan.

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah menjalankan 10,653 operasi sanitasi yang merangkumi 136 zon iaitu 24 zon merah, 49 zon kuning dan 63 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD.

Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Setakat 21 Oktober 2020 (Rabu) sebanyak 33 operasi sanitasi meliput 6 zon merah, 11 zon kuning dan 11 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 11 buah negeri iaitu Sarawak (7 operasi), Kedah (7 operasi), Sabah (6 operasi), Selangor (1 operasi), Pulau Pinang (4 operasi), Pahang (2 operasi), Terengganu (2 operasi), Perlis (1 operasi), Perak (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur (1 operasi) dan Putrajaya (1 operasi).

Operasi telah merangkumi 13,298 premis yang terdiri daripada 2,738 pusat perniagaan, 1,612 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,639 tempat awam, 354 pasar raya dan 5,955 bangunan kerajaan sehingga kini (30 Mac 2020 – 21 Oktober 2020)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: