Teori Kamal Hatta: Zuraida masih menteri, Anwar kekal gagal!

Silap besar Anwar Ibrahim adalah membalas dendam ke atas Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Dia terbawa-bawa emosi kegagalan Langkah Kajang 2014.

Anwar gagal dua hal besar waktu itu iaitu gagal menjadi MB Selangor dan gagal dalam kes Liwat 2 yang menyumbatkan dia ke penjara Sungai Buloh. Azmin jugak berjaya dua hal besar iaitu dilantik sebagai MB Selangor dan menang jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kejayaan Azmin dan kegagalan Anwar itu menyebabkan dendam kesumat Anwar meluap-luap. Sebelum dihumban ke Sungai Buloh, Anwar sempat meninggalkan bom jangka dan jerangkap samar politik dalam PKR. Apakah bendanya?

Bom jangka yang Anwar setup adalah meletakkan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung. Jerangkap samar pulak adalah melantik Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution sebagai pengarah pilihanraya PKR. Setup politik ini memang membuahkan hasil perpecahan yang luarbiasa sepanjang 2014 hingga 2018 sebelum PRU-14.

Pendekkan cerita akibat bom jangka dan jerangkap samar Anwar tu, Rafizi ubah struktur operasi pentadbiran PKR. Dia tak ikut lagi sistem urustadbir yang disusun elok oleh Salehudin Hashim yang glamour dengan panggilan Dato Saleh. Kemudian dia ‘serah’ jawatan setiausaha agung parti dengan Saifuddin. Rafizi pulak setup parti dalam parti iaitu Invoke untuk saingi kekuatan Azmin dan Zuraida.

Dengan kawalan jabatan pilihanraya oleh Nurul Izzah dan Saifuddin, mereka letak 90 peratus calon-calon Invoke yang sepatutnya caras nama Azmin dan Zuraida tapi sebab dua-dua ni kuat dan Nurul Izzah takut dengan Zuraida, dapatlah 10 peratus nama-nama orang Azmin-Zuraida dalam senarai calon.

Selepas menang PRU14 dan bebasnya Anwar daripada Sungai Buloh, PKR dah dibayangkan menjadi ‘parti politik multi racial paling dinamik’ di Malaysia. Namun itu mimpi sebab Anwar nak balas dendam dan singkirkan Azmin.

Potong terus kisah pemilihan parti 2018 dan kisah ‘pertempuran dalaman’ 2019, Anwar telah memecat Azmin dan Zuraida pada 26 Febuari 2020. Puas hati Anwar tapi ini kesilapan maha besar dia.

Akibatnya Anwar sampai sekarang kekal menjadi PM tepi, terus gagal mencapai impian.

Kalau Anwar kuat, dah lama dia boleh manuver sampai jadi PM. Tetapi hakikatnya Anwar sebenarnya tak kuat tapi dia kuat kencing bai. Kesian aku tengok puak pentaksub Anwar sepanjang masa kena hirup kencing Anwar. Hati puak ni dah kedu sebab percaya sampai mati Anwar bakal jadi PM.

Yang kuat sebenarnya adalah Azmin dan Zuraida. Kau orang yang taksub Anwar memang silap baca. Saifuddin dan Johari Abdul hanya pandai bercakap. Ini watak-watak politik yang kalah dalam parti. Strategi orang kalah tak terpakai dalam gerakan tahap tertinggi. Sedangkan boss mereka berdua pun gagal nak manuver, apa lagi mereka.

Zuraida sampai hari ni masih kekal sebagai menteri. Puak pentaksub gigih susun macai-macai cyber masuk menyerang di twitter, fb dan page Zuraida semata-mata nak burukkan imej tapi gagal. Yang komen kecam dengan bahasa kurang ajar tu semua adalah cytroo upahan dan bukan rakyat umum.

Jangan pandang rendah keupayaan Zuraida, dia berupaya mengumpulkan kekuatan melalui NGO Penggerak Komuniti Negara. Atas inisiatif dia jugak melantik individu-individu yang layak dari segu merit dan pengalaman sebagai penggerak komuniti tempatan (PeKT). Fuziah Salleh pun terkonteng-konteng nak kumpul kekuatan akar umbi. Ini pun satu lagi watak kalah.

Zuraida dan Azmin antara kumpulan yang ada peranan ‘king maker’ politik negara sekarang. Anwar terus ketinggalan. Ini padah akibat membuang ‘orang paling kuat’ PKR. Anwar dari dulu suka memperlekehkan keupayaan politik Zuraida dan Azmin, kesan paling teruk dihadapi dan dilalui Anwar kini tanpa ada watak kuat. Setakat Saifuddin atau Abdullah Sani, dua-dua ni pandai cakap saja. Tak ada kebijaksanaan politik langsung.

Aku saja nak lempar bayangan ni, kalau Anwar sabar dan kekal mempercayai Azmin dan Zuraida, sudah pasti sekarang ni dia dah menjadi PM kelapan Malaysia.

Tapi sebab Anwar gelojoh dan nak balas dendam, retorik puak pentaksub dia menyamakan taraf Anwar dengan Mandela hanya jadi retorik. Konon dari banduan menjadi PM.

Tolonglah jangan main memori Anwar adalah menteri kewangan terbaik, kau orang jangan lupa masa Anwar jadi menteri, dia guna segala agensi-agensi kerajaan. Sekarang lain bai, dia gagal. Retorik dan politik kencing.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: