COVID-19: Malaysia sudah laksana penjujukan genom – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 22 Okt — Penjujukan genom virus COVID-19 membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani pandemik itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah pun menjalankan jujukan genome tetapi bukan pada semua kes dikesan positif namun bergantung kepada kluster.

“Daripada awal lagi kita telah laksanakan, contohnya perhimpunan Sri Petaling didapati ada 692 jemaah dari Indonesia. Ketika itu andaian kita jangkitan itu mungkin datang dari Indonesia tetapi apabila kita melaksanakan genomic sequencing kita dapati sekarang jangkitan itu daripada strain Indonesia.

“Jadi kita tahu pada permulaan gelombang kedua iaitu jangkitan adalah datang dari Indonesia,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri New Zealand Helen Clarke semalam yang menyatakan penjujukan genom pesakit yang dijangkiti COVID-19 memberikan kelebihan kepada New Zealand menangani penularan wabak itu.

Dr Noor Hisham berkata penjujukan genom tidak membantu untuk membendung penularan COVID-19 tetapi dapat mengenal pasti lokasi selain kesiapsiagaan dari segi tindakan dan perancangan untuk mengawal jika mutasi dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Beliau berkata kaedah itu memakan masa lama iaitu sehingga tiga minggu untuk mengenal pasti sesuatu mutasi.

Katanya, kaedah itu juga melihat pada kluster dan strain tertentu dalam membantu KKM mendapat lebih maklumat mengenai sifat-sifat virus.

Dr Noor Hisham berkata pada peringkat awal terdapat tiga strain dikenal pasti iaitu A dari Amerika Syarikat, B dari Wuhan, China dan C dari Indonesia.

Beliau berkata jujukan genom juga dilaksanakan untuk kluster Sivagangga yang kemudiannya mendapati ia berkait kes balik dari India dan wujud mutasi D614G yang dikaitkan dengan kebolehjangkitan yang tinggi.

Dr Noor Hisham berkata penjujukan genom juga antaranya dilaksanakan pada Kluster Tawar, Kluster Sungai dan Kluster Benteng di Lahad Datu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: