‘Trash To Cash’ jana pendapatan tambahan komuniti

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui menterinya, YB Zuraida Kamaruddin akan terus memperkasakan amalan kebersihan menerusi amalan kitar semula dalam masyarakat di komuniti bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap sampah harian mereka.

Program Trash To Cash yang digerakkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mula dilaksanakan pada tahun 2019 dengan memberi fokus kepada kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Negara.

Trash To Cash bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa sampah atau barangan terpakai boleh dikitar semula dan ditukar menjadi wang tunai.

Sampah yang dikitar semula mampu menjadi sumber pendapatan tambahan sekali gus meningkatkan aspek kebersihan di kawasan perumahan.

Selain dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap sampah, pendekatan ini juga berjaya menghilangkan rasa segan untuk melakukan proses kitar semula sampah sebagai satu sumber pendapatan tambahan.

Selain proses membeli semula sampah yang boleh dikitar semula, komuniti setempat akan diberi taklimat dan kesedaran berkaitan kepentingan amalan membersihkan kawasan rumah dan mengelakkan menyimpan barangan yang boleh dikitar semula kerana ia berpotensi menjadi lokaliti pembiakan nyamuk aedes.

Usaha ini akan terus dipergiat secara kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak selaras Dasar Komuniti Negara. Semoga usaha KPKT ini sekaligus mampu membasmi lokasi pembiakan nyamuk aedes dan akhirnya membendung peningkatan penularan wabak denggi dalam negara. PPI. #perihatinterusbekerja #dasarkomunitinegara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: