Penggerak terkehadapan hulur sumbangan sosial

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan kerajaan di beberapa kawasan akibat gelombang ke tiga Covid-19, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Penggerak Komuniti Negara dilihat konsisten terus terkehadapan turun padang menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Penggerak Komuniti Negara yang mengangkat Dasar Komuniti Negara atas cetusan idea Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin terus dilihat memberi kesan positif apabila terus rapat mendampingi denyut nadi rakyat terutamanya golongan B40 dan miskin bandar.

Hampir keseluruhan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga beberapa parlimen di Selangor telah digerakkan untuk turun menyampaikan sumbangan terus ke hadapan rumah-rumah penerima yang dikenalpasti memerlukan.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas yang diberikan sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah penerima sebagai tanda bahawa mereka tidak keseorangan menghadapi cabaran kali ini.

Ia memberikan sedikit kelegaan terutamanya kepada golongan miskin bandar yang rata-rata bergantung kepada mendapat gaji harian, arahan PKPB pasti memberikan impak yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: