Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa
Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar.

Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini.

Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang.
Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara
