Bantuan Prihatin Nasional disalur, melegakan rakyat
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah pun disalurkan terus ke akaun orang ramai yang layak bermula 22 Oktober lepas.
Ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, bantuan kerajaan ini telah melegakan kebanyakan rakyat bagi meringankan bebanan kos akibat pelaksanaan PKP dan beberapa negeri melalui pelaksanaan PKPB yang telah menghadkan pergerakan rakyat bagi mengelakkan penularan wabak.

Pemberian wang bantuan ini fasa pertama akan bermula 22 Oktober dan fasa kedua pula akan disalurkan pada awal tahun 2021.
Bantuan Prihatin Nasional ini adalah lanjutan daripada bantuan yang pertama ketika pertengahan tahun ini semasa negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan sejak 18 Mac 2020.