Kesatuan Bersama Rakyat Perangi COVID-19

Perikatan Nasional menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

Perikatan Nasional juga menjunjung kasih di atas keyakinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi
negara.

Perikatan Nasional bertekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19. Pentadbiran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.

Perikatan Nasional menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen; PAS, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung Kerajaan Perikatan Nasional.

Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Ketua Penerangan Perikatan Nasional
27 Oktober 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: