PAS 100% sokong Muhyiddin, gesa Umno kekal pendirian

PETALING JAYA: PAS menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin dan menggesa rakan sekutunya, Umno kekal dengan sokongan kepada perdana menteri.

“PAS menegaskan sokongan semua 18 ahli Parlimen PAS bersama kerajaan PN yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, ekonomi serta ketenteraman negara dan kehidupan rakyat terjamin.

“Pada masa sama, PAS menyeru semua ahli Parlimen Barisan Nasional terus istiqamah mempertahankan kepimpinan perdana menteri dan kerajaan PN yang dibina bersama,” kata Setiausaha Agung PAS dalam kenyataan semalam.

PAS berkata, 18 ahli Parlimennya turut bersama kerajaan PN untuk memastikan keselamatan, ekonomi, ketenteraman negara dan kehidupan rakyat terjamin.

Kenyataan PAS itu menyusul keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno semalam untuk terus menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menggesa prinsip kerjasama berpaksikan nilai penghormatan serta konsensus politik ditambah baik.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, partinya juga kekal dengan keputusan tidak bekerjasama dengan PKR dan DAP. Pada 13 Okt lalu, Umno mengumumkan ia mempertimbang menarik balik sokongan kepada PN, jika tuntutan mereka untuk perkongsian kuasa dengan PPBM tidak dipenuhi. BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: