Rencana |PAS menjadi pendokong kuat Perikatan Nasional

Sesuatu hakikat politik yang perlu diakui oleh kebanyakan orang celik politik bahawa Pas, Umno dan DAP adalah parti yang mempunyai survival politik jangka panjang.

Pas yang diasaskan pada 24 November 1951 boleh dikategorikan sebagai antara parti utama Orang Melayu di Malaysia selepas Umno.

Parti ini telah melalui pelbagai situasi turun naik sepanjang sejarah politik tanahair. Pas bertunjang kuat di dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Sejak PRU pertama tahun 1959 hingga penggal ke-14 (kecuali 1978-1990) Pas mempunyai kekuatan politik di Kelantan. Sejak tahun 1990, Umno-BN gagal menawan negeri ini dan tak berupaya menewaskan Pas.

Itu dari segi kekuatan peringkat negeri. Pas pernah menjadi sebahagian daripada pemerintah kerajaan Persekutuan pada tahun 1972 hingga 1978 semasa bersama Barisan Nasional. Mantan Presidennya, Asri Muda pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar waktu itu.

Asri Muda

Selepas keluar daripada BN, Pas kekal menjadi parti blok pembangkang di peringkat persekutuan.

Namun begitu, Pas dilihat membina dinamik politik selepas Tsunami Politik 8 Mac 2008. Tempoh dari tahun 2008-2015, Pas melalui anjakan politik yang radikal. Walaupun keputusan Pas dianggap tidak konsisten, namun parti ini masih kekal berkerajaan di Kelantan.

Anjakan politk negara yang radikal selepas tahun 2015 meletakkan Pas melakukan taktikal survival politik yang lebih menguntungkan mereka pada tahun 2018. Walaupun dianggap langkah bunuh diri untuk pertembungan tiga penjuru pada PRU-14 lepas, Pas masih berupaya memenangi 18 kawasan parlimen. Ada percaturan Pas yang menjadi. Dua negeri berjaya dikuasai dengan majoriti lebih dua pertiga di Kelantan dan Terengganu. Malah menguasai hampir separuh kerusi dun di Kedah.

Pas lebih bijak kali ini apabila memilih untuk menjadi komponen utama Perikatan Nasional selepas Bersatu selain turut dianggotai oleh Star Sabah dan SAPP.

Mengapa? Pas kini kembali menjadi parti pemerintah. Bersama Perikatan Nasional, Pas mempunyai tiga menteri penuh dan lima timbalan menteri.

Kesetiaan Pas sangat luarbiasa ketika ini sehingga mengusarkan kumpulan pimpinan Umno pro-Najib dan pro- Zahid Hamidi yang merasa tergugat. Sokongan Pas sebenarnya akan lebih mengukuhkan sokongan orang Melayu kepada Perikatan Nasional berbanding Muafakat Nasional.

Pas menjadi parti yang paling kedepan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional dan Muhyiddin Yassin. Malah semasa status pendaftaran Perikatan Nasional dipertikai, Pas lah yang paling awal menyatakan bahawa gabungan ini telah pun didaftarkan.

Ini bukan lagi status sindiran ‘parti lebai’ atau ‘parti walaun’ yang kerap digunapakai oleh cytroo media PH ke atas Pas, parti ini terus membina dinamik di sebalik imej parti ‘agama’.

Walaupun dilanda perpecahan selepas pemilihan parti pada tahun 2014 dulu, Pas masih kuat berbanding parti serpihannya iaitu Amanah yang sekadar menang 11 kerusi parlimen yang dianggap komponen paling lemah dalam PH.

Ketika kebanyakan pihak menyangkakan Pas akan berkeras untuk bertanding kerusi di PRN Sabah, rupanya di sebalik kisah Pas meletakkan sikap tahap politik tertinggi dengan memberi laluan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain mengalas amanah pilihan raya. Ini yang mengejutkan Umno.

Hasil timbang rasa dan kompromi tertinggi ini, Pas telah mendapat slot Adun Lantikan di DUN Sabah. Ia sejarah istimewa buat parti ini kerana sejak menyertai politik Sabah pada pertengahan 1990an dulu, akhirnya Pas mempunyai seorang wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Semasa krisis politik akibat ‘gerakan retorik Anwar Ibrahim’ yang dicetuskan pada 23 September lepas, Pas juga menyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional dan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: