Perikatan Nasional Ampang santuni masyarakat, edar makanan percuma
29 Oktober, Ampang: Perikatan Nasional Ampang menggerakkan kerjasama melalui program sumbangan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul.


Selepas gabungan politik ini dibentuk dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, keterlibatan rasmi Perikatan Nasional buat pertama kali adalah semasa PRN Sabah lepas.
Hari ini, Perikatan Nasional Ampang dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang telah menyantuni masyarakat awam di Parlimen Ampang melalui edaran makanan percuma.

Edaran makanan tersebut pagi ini telah berlangsung di Taman Cahaya, Medan Bukit Indah, Kampung Melayu Ampang, Flat PKNS Tasek Tambahan dan Taman Sri Ampang.

