Era gelap industri muzik, kesan wabak Covid-19

Industri muzik Malaysia pernah digemparkan dengan isu ‘Black Metal’ yang melanda negara ini penghujung tahun 2001 dulu, kesan laporan akhbar arus perdana yang tercetus pada 27 Julai 2001.

Akibatnya, banyak acara muzik rock dan muzik berat indie (bebas) menerima kesan paling teruk kerana dibatalkan atas faktor keselamatan dan arahan pihak berkuasa. Paling terjejas adalah penggiat-penggiat seni muzik keras khususnya pemuzik muzik metal.

Namun selepas peristiwa 911 iaitu serangan pengganas ke atas World Trade Center di New York (11 September 2001) isu ‘black metal’ lenyap seketika. Penggiat-penggiat seni muzik metal tanahair kembali bernafas selepas itu.

Itu kisah dulu, tetapi kini apabila wabak Covid-19 melanda sejak penghujung tahun 2019, ia telah melumpuhkan kebanyakan sektor ekonomi termasuk industri muzik seluruh dunia.

Kali ini ia bukan sahaja ‘menenggelamkan’ penggiat-penggiat muzik berat tetapi turut membenam penggiat-penggiat muzik yang lain.

Penganjuran konsert, gig dan acara pentas lain tidak digalakkan untuk dilangsungkan kerana acara muzik begini bakal menghimpunkan sejumlah besar orang yang ramai. Boleh dikatakan ketika wabak Covid-19 memuncak pada bulan Mac hingga Julai tahun ini, semua acara persembahan konsert, festival dan gig telah dibatalkan atau ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Akan tetapi ada penggiat-penggiat muzik yang bertindak kreatif dan bijak dengan mengadakan persembahan secara online berbayar tanpa perlu kehadiran penonton di lokasi persembahan.

Semasa ini ada juga konsert persembahan dijalankan dengan syarat-syarat khusus penjarakan sosial dengan kehadiran terhad penonton mengikut kapisiti lokasi persembahan. Banyak konsert dan gig yang dijadualkan berlangsung tahun ini telah dibatalkan atau ditunda oleh pihak penganjur.

Hakikatnya, kesan wabak Covid-19 telah hampir melumpuhkan gerakan muzik seluruh dunia. Hanya persembahan atas talian yang menjadi penyelamat. Ini juga satu bentuk norma baru yang bakal mencabar daya kreatif penggiat-penggiat seni muzik.

Jika diandaikan wabak ini reda dan berjaya diatasi dengan adanya vaksin penawar pada tahun 2021, industri muzik juga memerlukan jangka masa minima dua tahun untuk kembali bangkit. Penggiat seni yang gulung tikar akan lebih memerlukan jangka masa panjang bagi kembali aktif.

Golongan pemuzik jalanan dan kelab malam antara yang paling terkesan akibat wabak Covid-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat bermula 18 Mac hingga Jun 2020 ‘memutuskan’ punca pendapatan golongan pemuzik ini.

Keadaan tersebut telah mendapat perhatian serius kerajaan dan sejumlah peruntukan disalurkan. Antara yang mendapat bantuan ketika itu adalah ahli-ahli berdaftar MACP.

Moga ada sinar dan harapan buat penggiat-penggiat seni muzik tanahair dalam Belanjawan 2021 yang akan bakal dibentangkan dalam sidang parlimen bulan November nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: