Hajah Zuraida Kamaruddin rasmi Pejabat Penggerak Melaka
30 Oktober, Melaka: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin petang ini telah merasmikan Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) dalam satu majlis yang berlangsung di Klebang Besar, Melaka.


Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Jailani Khamis selaku Pengerusi Penggerak Negeri Melaka, YB Dato’ Norizam Bakhtee, dan wakil-wakil pimpinan Perikatan Nasional iaitu Pesuruhjaya PAS Melaka dan Timbalan Pengerusi Bersatu Melaka.
Penggerak Melaka juga turut menyerahkan 3,500 borang permohonan keahlian Penggerak Komuniti Negara seluruh Melaka kepada Hajah Zuraida.
