Info PBT: Dua PBT dicantum dan dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Seremban

Kerajaan Negeri Sembilan pada 12 November 2008, telah meluluskan cadangan untuk mencantumkan dua PBT iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai satu entiti dan menaikkan tarafnya kepada Majlis Bandaraya Seremban.

Majlis Perbandaran Seremban telah diwujudkan pada 1979 hasil gabungan enam majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Pajam, Majlis Tempatan Mantin, Majlis Tempatan Rantau, Majlis Tempatan Nilai, Majlis Tempatan Broga dan Majlis Tempatan Labu.

Majlis Perbandaran Nilai diwujudkan pada bulan Febuari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002.

Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Antara mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai ialah:

Mukim Setul
Mukim Labu
Mukim Rantau
Mukim Lenggeng
Mukim Pantai
Sebahagian Rasah
Sebahagian Ampangan
Sebahagian Seremban.

Antara mukim tersebut lima (5) daripadanya adalah mukim utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya dan merasmikan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights pada 20 Januari 2020.

Upacara istiadat pengisytiharan bermula dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyerahkan Surat Cara pengurniaan taraf bandar raya kepada Tuanku Muhriz sebelum baginda menyerahkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: