Komuniti |Penggerak Pandan giat santuni masyarakat
31 Oktober, Pandan Perdana: Walaupun PKPB berlangsung di Selangor, namun gerak kerja kemasyarakatan tetap dijalankan oleh Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pandan hari ini.
Penggerak Pandan giat menyantuni masyarakat setempat setiap minggu sejak PKPB bermula lagi.
Hari ini, dengan diketuai oleh Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Rahim telah turun padang ke Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru bagi penyampaian sumbangan kecil kepada beberapa ibu tunggal dan menziarahi beberapa individu yang terlantar sakit.


