Sanitasi Awam terus dilaksanakan, komitmen kerajaan putuskan rantaian Covid-19

Kadar sembuh yang tinggi sekitar 65-66 peratus dilaporkan setiap hari membuktikan keberkesanan usaha dan gerakan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi barisan hadapan menanggani wabak Covid-19.

Keberkesanan usaha ini berkaitrapat dengan langkah pelaksanaan berterusan Operasi Sanitasi Awam.

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,940 operasi sanitasi yang merangkumi 137 zon iaitu 30 zon merah, 56 zon kuning dan 51 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD.

Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Setakat 30 Oktober 2020 (Jumaat) sebanyak 44 operasi sanitasi meliput 14 zon merah, 15 zon kuning dan 5 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 11 buah negeri iaitu Sabah (8 operasi), Sarawak (8 operasi), Selangor (6 operasi), Kedah (5 operasi), Negeri Sembilan (4 operasi), Pulau Pinang (3 operasi), Johor (2 operasi), Melaka (2 operasi), Pahang (1 operasi), Perlis (1 operasi), Perak (1 operasi), serta 3 Buah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur (1 operasi), Putrajaya (1 operasi), dan Labuan (1 operasi).

Sehingga kini (30 Mac 2020 – 30 Oktober 2020), operasi telah merangkumi 13,490 premis yang terdiri daripada 2,757 pusat perniagaan, 1,630 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,674 tempat awam, 354 pasar raya dan 6,075 bangunan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: