Teori Kamal Hatta: Karma menimpa Anwar

Genap dua tahun Anwar Ibrahim menjadi presiden PKR, parti ini sudah hilang karisma. Ketika ini segala perbuatan Anwar sedang bertimpa atas kepala dia.

Harapan dia nak jadi PM makin jauh. Kalau main golf, pukulan asyik tersasar jauh masuk ke dalam tasik. Jauh sekali nak ‘birdie’ apatah lagi ‘hole in one’. Silap gaya menyasau. Aku tengok macai-macai PKR je yang sasau sangat. Kesian kat kawan-kawan aku yang masih ada kat situ terpaksa menyokong retorik presiden. Harap kau orang boleh sedar cepat.

Percubaan kali pertama dia semasa dalam Umno untuk ganti Mahathir dan terus mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 gagal. Anwar sudah rasa dia sebelah kaki di kedudukan teratas selepas Mahathir lantik dia sebagai pemangku PM tahun 1997 dulu ketika ‘Old-man’ bercuti keluar negara beberapa bulan waktu itu. Anwar kena pecat daripada kerajaan dan Umno.

Gagal kali kedua Anwar terjadi tahun 2008 selepas dia menang PRK Permatang Pauh penghujung bulan Ogos. Projek 16 September tak menjadi. Ayat popular Anwar ‘Kita ada majoriti, dan menjelang subuh 16 September, akan terdiri kerajaan baru.”

Dia ulang lagi tahun 2018, memang kebetulan genap 10 tahun selepas PRK Permatang Pauh dulu, Anwar tanding PRK Port Dickson dan menang. Dia pun mulalah arah macai-macai PKR kacau Mahathir beri tekanan supaya segera letak jawatan sebab dah janji nak lantik Anwar sebagai PM. Gagal lagi.

Kau orang boleh tengok karma yang menimpa Anwar sekarang. Entah berapa ramai yang kena kencing, kena aniaya dan terkorban akibat nak memenuhi cita-cita peribadi Anwar.

Khalid Ibrahim, Zulkifli Nordin, Chandra Muzaffar, Ezam Mat Noor ini antara yang kena kencing dan terkorban. Terbaru adalah Azmin dan Zuraida. Itu pun macai-macai PKR masih goyang dengan Azmin dan Zuraida walaupun mereka berdua bukan lagi wujud dalam PKR.

Penipuan Anwar Ibrahim yang berlaku beberapa minggu lepas sudah diketahui oleh rakyat terbanyak. Yang masih gila taksub pengikut setia yang lebih karat daripada walak Pas dan karat Umno. Agong pun dia tipu jugak.

Aku ramal Anwar akan hilang sokongan rakyat terbanyak, silap gaya PKR menang satu parlimen dan ghuyub peringkat negeri.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: