39 Operasi Sanitasi Awam berterusan semalam

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,979 operasi sanitasi yang merangkumi 137 zon iaitu 32 zon merah, 56 zon kuning dan 49 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD. Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Setakat 31 Oktober 2020 (Sabtu) sebanyak 39 operasi sanitasi meliputi 12 zon merah, 10 zon kuning dan 4 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 8 buah negeri iaitu Sabah (8 operasi), Melaka (8 operasi), Negeri Sembilan (5 operasi), Sarawak (4 operasi), Pulau Pinang (3 operasi), Terengganu (3 operasi), Pahang (1 operasi), Perlis (1 operasi), serta 3 Buah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur (4 operasi), Putrajaya (1 operasi), dan Labuan (1 operasi).

Sehingga kini (30 Mac 2020 – 31 Oktober 2020), operasi telah merangkumi 13,511 premis yang terdiri daripada 2,760 pusat perniagaan, 1,630 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,677 tempat awam, 354 pasar raya dan 6,090 bangunan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: