Rencana |Zuraida: Harus pilih ke suatu jalan lain untuk kebaikan

Zuraida Kamaruddin adalah tokoh politik yang boleh dianggap sukses, tegas dan kontroversi sejak beliau memenangi Ampang Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Sebelum menjadi menteri pun, beliau sudah menunjukkan daya politik progresif semasa dalam PKR. Gerak kerja Zuraida yang pantas dan ‘walk the talk’ tidak disukai oleh segelintir kelompok politik dalam PKR yang menyaingi mereka dan ketinggalan dek arus yang dicetuskan oleh Zuraida.

Maka tidak hairan kelompok politik yang ‘gagal’ mengejar atau mengikuti arus gerak kerja Zuraida, lebih giat berdampingan dengan keluarga Anwar dan proksi mereka untuk membenam gerakan politik Zuraida.

Setelah dipecat daripada PKR bersama Azmin pada 26 Febuari lalu, Zuraida menjadi sosok politik yang dikecam oleh PKR dengan gelaran ‘pengkhianat’.

Adakah langkah Zuraida dan Azmin itu diklasifikasi sebagai pengkhianat sedangkan Anwar sendiri mengkhianati kejujuran dan ketaatan Azmin selama 20 tahun sejak cetusan awal Reformasi 98?

Zuraida sendiri menyatakan dengan tegas semasa Majlis Perasmian Pejabat Penggerak Melaka minggu lepas, bahawa beliau dan Azmin harus memilih ke suatu jalan yang lain untuk kebaikan. Jika terus berada di bawah organisasi dengan ketua yang sudah lari daripada matlamat perjuangan, kebaikan perjuangan akan terhakis kerana tertumpu kepada matlamat peribadi individu mahu mengejar impian menjadi Perdana Menteri.

Melihat sendiri atas pengalaman penglibatan politik daripada era Reformasi, era Pakatan Rakyat, era Pakatan Harapan dan kini Perikatan Nasional, banyak hikmah politik yang berlaku sebagai pedoman dan panduan. Namun beliau berpegang kuasa Allah SWT jua yang menentukan keadaan politik.

“Apabila menjadi kerajaan, kita harus melihat dan mempertimbang banyak perkara yang melibatkan ekonomi, urustadbir, pelaburan dan pembangunan, namun Pakatan Harapan gagal kerana masih berfikiran seperti pembangkang!” Jelas Zuraida lagi.

Menurut Zuraida lagi, Covid-19 adalah suatu rahmat Allah, sebagai hikmah mendekati rakyat dan memikirkan kepentingan rakyat. Atas sebab itu, beliau menekan bahawa contoh positif harus ditunjukkan dan gerakan membawa kebaikan untuk rakyat. Maka gerakan NGO menjadi platform keterlibatan politik dengan penubuhan Penggerak Komuniti Negara seluruh Malaysia.

Terbukti bahawa penubuhan Penggerak Komuniti Negara seluruh Malaysia telah berjaya menghimpunkan keahlian seramai 200 ribu ahli dan ini adalah angka yang signifikan buat politik malah bukan angka retorik Anwar Ibrahim.

Apabila kita berfikir secara ilmiah dan waras, Zuraida Kamaruddin telah membuktikan beliau dan Azmin memilih jalan lain yang betul untuk melaksanakan tanggungjawab dan kebaikan untuk rakyat.

Hanya kelompok pembenci yang diwujudkan oleh cytroo PKR untuk membunuh potensi politik Zuraida dan Azmin. Walhal rakyat terbanyak sedar bahawa kedua-dua mereka fokus kepada peranan sebagai menteri dan wakil rakyat.

Hujung minggu lepas (31 Oktober), Zuraida Kamaruddin telah merasmikan pembukaan pejabat PKN Negeri Melaka. Suatu lagi gerakan politik yang membuktikan bahawa beliau adalah pimpinan dan politikus taraf nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: