Info PBT: Majlis Bandaraya Pulau Pinang Pihak Berkuasa Tempatan terawal di Malaysia
Pulau Pinang antara negeri dalam Malaysia yang terawal diwujudkan pihak berkuasa tempatan semasa negeri ini di bawah pemerintahan Negeri-Negeri Selat (Straits Settlement). Kerajaan Tempatan wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1856.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Naik taraf bandaraya.
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seterusnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang 305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang kaum seramai lebih kurang 722,300 orang.

Majlis merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.
Sumber: Website MBPP