MP Saratok tekad terajui usaha bina balai bomba di Kabong

Berikutan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kabong telah memusnahkan tiga buah rumah dan 17 orang penduduk terlibat hilang tempat tinggal, keperluan kemudahan Balai Bomba di daerah ini sangat diperlukan.

Hikmah di sebalik kejadian tersebut telah membulatkan tekad buat Ahli Parlimen Saratok, YB Ali Biju untuk menzahirkan hasrat penduduk-penduduk Kabong membina sebuah balai bomba di situ.

“Saya menyatakan perasaan simpati buat penduduk-penduduk terlibat atas kejadian kebakaran tersebut. Hikmah bencana ini telah memberi kesungguhan saya untuk berusaha merealisasikan hasrat penduduk-penduduk Kabong.” jelas Ali Biju dalam kenyataan media beliau hari ini.

ALI BIJU

Beliau amat bersetuju bahawa ini adalah suatu keperluan yang amat mendesak dan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membina kemudahan penting bagi menangani semua jenis bencana yang berlaku. Kebetulan beliau juga adalah Timbalan Menteri di Putrajaya.

“Saya akan memberi perhatian serius dan utama dalam menerajui pembinaan sebuah Balai Bomba di daerah Kabong.”

“Saya akan berhubung dengan YB Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai permohonan ini dalam tempoh yang terdekat dan akan memajukan cadangan supaya perancangan bagi pembinaan Balai Bomba Kabong disyorkan untuk RMK 12 (2021-2026).” tambah beliau lagi.

“Sebaik sahaja mendapat berita dari YB Menteri KPKT, saya akan terus menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk Kabong.” tegas beliau sebagai komitmen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: