PeKT Kuala Selangor beri sumbangan Deepavali
3 November, Kuala Selangor: Menjelang perayaan Deepavali, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menggerakkan Program Menyantuni Golongan B40 Sempena Perayaan Deepavali 2020.

Program ini telah digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo bersama Setiausaha Parlimen PKN Kuala Selangor Idham Azmi telah menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Kuala Selangor.


PeKT Kuala Selangor dengan kerjasama Penggerak Kuala Selangor giat menjalankan khidmat masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara. Usaha ini akan lebih mendekatkan masyarakat dengan agensi-agensi kerajaan.