Teori Kamal Hatta: Belanjawan 2021-antara patriotik & gila kuasa

Negara kita sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19. Ini terjadi selepas PRN Sabah. Meledak wabak ni tersebar dengan angka kes positif yang gila babi.

Tapi kau orang jangan tak sedar, ada sekelompok ahli politik yang gila babi nak jatuhkan kerajaan kerana nak ambik kesempatan wabak yang melantun sekarang.

Aku kata Anwar Ibrahim dah gagal dalam move retorik angka. Penipu. Kaki kelentong. Bukan wujud pun angka sokongan ahli-ahli parlimen yang dia sebut dalam sidang media ‘kasi gempak’ 23 September dulu. Ini semua karut politik. Last dia kata 38 MP PKR yang sokong dia. Kan lawak politik tu. Senang je kita semua kena kencing.

Lepas gagal, mereka nak memastikan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan dalam sidang dewan rakyat tak diluluskan.

Kau orang bayangkan sampai Agong nasihatkan puak-puak gila babi ni supaya muhasabah diri dan fikirkan nasib rakyat waktu ni. Politikus gila babi untuk gagalkan Belanjawan dan niat menjatuhkan kerajaan melalui move begini memang tak patriotik.

Baik ahli parlimen sebelah kerajaan dan pembangkang, kau orang dipilih oleh rakyat. Tapi yang gila babi nak jatuhkan kerajaan waktu begini, kau orang patut ada semangat patriotik, utamakan kestabilan dan kepentingan rakyat. Kerajaan pun bersungguh nak settledown hal covid.

Patut waktu begini kau orang perlu ‘gencatan politik’, berhentikan kejap perang politik. Lawan covid bersungguh-sungguh sampai ada vaksin, bantu kerajaan bina ekonomi dan pastikan kestabilan politik supaya rakyat terbanyak boleh bangkit semula ekonomi masing-masing.

Aku percaya segelintir MP di kalangan blok pembangkang ada yang waras dan munasabah akal berfikir. Bukan semua yang setuju dengan Anwar Ibrahim. Aku pasti mereka yang waras ni akan beri sokongan kepada Belanjawan nanti.

Jangan jadi otak macai-macai cyber. Kerja menganjing ikut arahan paymaster, ini bukan masa nak main politik ambik kesempatan tanpa peduli nilai-nilai patriotik. Utamakan kepentingan rakyat dan negara.

Jangan kelirukan rakyat dengan game politik yang meresahkan rakyat. Kau orang jangan termimpi panjang, rakyat terbanyak sekarang sokong dan selesa dengan Perikatan Nasional.

PH dah gagal sepanjang 22 bulan sebagai pemerintah. Ini politik demokrasi, bukan politik autokratik atau sistem komunis. Anwar boleh buat begitu dalam PKR tetapi untuk Malaysia, jangan cuba merosakkan demokrasi.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: