Muzik: Album kompilasi yang melonjak muzik metal Malaysia

Perkembangan sejarah muzik negara khususnya muzik rock takkan terpisah dengan perjalanan muzik metal Malaysia.

Scene muzik metal Malaysia secara signifikan berkembang pesat pada awal dekad 1990an. Walaupun sebelum itu telah muncul band metal pertama Malaysia iaitu Black Fire pada tahun 1983, kemudian FTG, Cromok, Nemesis, Sil-Khannaz dan Suffercation, kerancakan scene muzik metal lebih menyerlah dekad seterusnya.

Pergerakan aktif penggiat-penggiat muzik metal Malaysia pada dekad 1990an telah didorong oleh kewujudan label dan distro utama muzik yang menyokong seni karya metal. Tanpa kewujudan label-label muzik ini, takkan mungkin perkembangan muzik metal akan berlangsung dengan lancar.

Penulisan ini akan bertumpu kepada peranan besar label-label muzik metal Malaysia ini yang telah memperkenalkan banyak band metal dan mengetengahkan karya seni muzik metal kepada masyarakat umum. Tanpa peranan mereka ini, muzik metal mungkin sekadar menjadi muzik ‘tertutup’ dan terasing daripada masyarakat.

Muzik mainstream mempunyai label muzik gergasi seperti EMI, Pony Canyon, BMG dan Universal Music. Label-label muzik metal Malaysia yang terawal adalah Valentine Sound Production (VSP) yang dibentuk pada tahun 1989, antara produk yang pernah diterbitkan adalah album pertama Cromok,’Image of Purity’ pada tahun 1991 dan album Suffercation ‘Day of The Darkness’ (1992), album Sil-Khannaz, ‘Conception of Madness’ (1993) dan Senseless pada tahun 1994, kemudian muncul Dark Journey Record (1992-1995).

Dark Journey Record telah menerbitkan beberapa album kompilasi iaitu Compilation Dark Live Collection (1993), Compilation Intrusion of The Dark Journey (1993) dan Compilation Alternative Connection (1994) sebelum menutup operasi pada tahun 1995 akibat masalah kewangan.

Selepas tamat riwayat Dark Journey Record, muncul sebuah label berpangkalan di Kuala Lumpur iaitu Nebiula Production yang dipunyai oleh Jaie Jokhannaz, vokalis band deathmetal tersohor Malaysia, Sil-Khannaz. Berbeza dengan era Dark Journey Record yang lebih nampak ‘bawah tanah’, kemunculan Nebiula Production lebih menyerlahkan keberadaan muzik metal kepada umum.

Seiring perkembangan rancak scene metal penghujung dekad 1990an, wujud lagi sebuah label dan distro di utara Semenanjung Malaysia iaitu Psychic Scream Entertainment (PSE) yang berpangkalan di Georgetown, Pulau Pinang.

Selatan tanahair nun di negeri Johor, muncul Muzik Box Production di Johor Bahru pada tahun 1999. Label yang juga distro utama di Johor aktif menerbitkan material band dan penganjuran gig.

Berikut adalah album kompilasi yang memberi impak perkembangan scene muzik metal Malaysia;

Storm Of Nebiula (1996), Nebiula Production
Eastern Invasion (1996), Nebiula Production
Eastern Invasion 2 (1999), Nebiula Production
Panggilan Pulau Puaka (1998), Psychic Scream Entertainment
Dark Live Collection (1993), Dark Journey Record
Intrusion of Dark Journey (1993), Dark Journey Record
Sengatan Selatan (2000), Muzik Box Production
Maximum Decibel Disaster (2000), Muzik Box Production

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: