Pelaksanaan operasi sanitasi awam komitmen mendepani wabak Covid-19
Komitmen KPKT dalam mendepani wabak Covid-19 berterusan melalui pelaksanaan operasi sanitasi awam di seluruh negara.
Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 11,103 operasi sanitasi.
Pada 4 November 2020 sebanyak 29 operasi sanitasi meliput 11 zon merah, 2 zon jingga, dan 9 zon kuning telah dilaksanakan yang melibatkan 7 buah negeri iaitu Sabah, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.