Watak Politikus Mengikut Genre Muzik πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅

Kadangkala rakyat pun sukar memahami sikap dan tingkah laku politikus-politikus apabila gelagat mereka yang dilihat mencetuskan krisis, perebutan kuasa dan kedudukan serta manuver politik yang memeningkan rakyat untuk memahaminya.

Ok, jangan gusar dan celaru. Mari kita baca karektor tiap politikus mengikut genre muzik.

Azmin Ali
Politikus yang sangat dibenci oleh kelompok pentaksub Anwar Ibrahim kerana mereka tidak dapat membaca rentak politik Azmin berbanding politikus pujaan mereka.

Watak Azmin seperti genre muzik yang dimainkan oleh Pink Floyd, psychedelic progressive rock iaitu suatu genre muzik rock yang terbina dengan susunan ‘odd-beat, odd tempo dan digarap dengan sound muzik (bentuk bunyi) yang pelik. Orang biasa takkan mampu faham muzik Pink Floyd jika mereka sekadar pendengar muzik popular. Pening dan celaru nak menghayati melodi. Kebiasaan muzik begini hanya didengar oleh kelompok pemuzik. Jangan salah faham, muzik begini tak perlu untuk ‘stone’ atau berdenggung ganja atau dadah _(ada yang dah fikir begitu sebab akal cetek tentang muzik)_, lagu-lagu Pink Floyd ada kisah-kisah yang diterjemahka dalam riff lagu dan rentak drum progresif (bukan standard tempo 4/4). Mesti semua pening dengan perincian ini.

Begitu juga gaya politik Azmin Ali. Ramai tak mampu membaca dan mentafsir secara jelas. Beliau sangat waspada dalam tindakan dan strategi politik. Itu yang dibuktikan semasa krisis politik MB Selangor akibat Langkah Kajang, Azmin akhirnya yang memenangi krisis tersebut dan Anwar kecundang. Begitu juga dengan Langkah Sheraton, PKR memecat Azmin dengan harapan dapat membunuh potensi dan mematikan langkah Azmin agar tergugur daripada kabinet menteri. Namun tanpa diduga, seperti riff muzik Pink Floyd yang pening dan berat Azmin mengulangi kejayaan strategi sehingga kini masih lagi menjadi menteri.

Ada yang sinis khususnya politikus-politikus PH memerli Azmin ‘pakar matematik’ tetapi memang benar Azmin seperti pemuzik rock progresif yang mempunyai kiraan tempo pelik tetapi masuk tune tanpa menjejaskan perjalanan muzikal lagu.

Selagi masih waras, sihat dan berupaya, Azmin akan terus ke depan tanpa perlu bimbang dengan Anwar.

Anwar Ibrahim
Anwar umpama komposer lagu yang suka mengikut pasaran. Walaupun taraf komposer beliau sudah masuk ke tahap tepu kerana kerap mencipta lagu yang hampir sama melodinya. Lagu-lagu ciptaan beliau hanya akan popular seketika kemudian basi kerana terikat dengan kehendak pasaran dan mudah menolak genre muzik lain seperti modern rock, punk, metal atau blues.

Rakyat mudah bosan kerana bentuk melodi lagu yang dicipta oleh Anwar hampir sama dan kerap diulang-ulang.

Zaman kegemilangan Anwar sudah berlalu dan hanya ‘die hard fans’ sahaja yang masih memuja serta suka mendengar lagu-lagu yang sama melodi walaupun berlainan tajuk, lirik dan lenggok nyanyian.

Oleh sebab itulah Anwar gagal menandingi Azmin dalam beberapa siri pertembungan politik sejak 2014 hingga kini.

Zuraida Kamaruddin
Ini politikus seperti band heavymetal! Zuraida umpama band Iron Maiden, makin tua makin ligat.

Kenapa macam Iron Maiden? Zuraida walaupun dipecat daripada PKR, beliau masih berupaya mengumpulkan kekuatan akar umbi seluruh negara. Ibarat bertukar label muzik dari EMI ke Colombia Records, Iron Maiden tetap mempunyai jutaan peminat seluruh dunia.

Lagu-lagu Iron Maiden juga rancak dan bertenaga walaupun ada diselit lagu-lagu ballard. Zuraida seperti band ini tak kenal letih dan sentiasa bertenaga menjalankan khidmat.

Dr Mahathir Mohamad
Orang tua ini seperti Mozart atau Beethoven, komposer muzik klasikal. Memang benar ini muzik tua Eropah kurun ke-17 tetapi ia ada bahagian-bahagian melodi yang menangkap jiwa dan melekat. Ia jenis muzik yang rumit untuk dimainkan tetapi sedap didengar.

Begitulah Dr Mahathir, akal politik beliau seperti Mozart. Muzikal irama klasikal ada juga elemen dramatik, turun naik dan kejutan tetapi akibat terlalu panjang, orang menjadi bosan dan lemau mendengarnya.

Hadi Awang
Orang tua ini lain sikit, beliau seperti okestra keroncong. Muzik lama kurun ke-19 tetapi masih dinamik kerana muzikal mirip seperti jazz dan rock progresif tetapi tidak seberat muzik Pink Floyd.

Seperti memetik skala gitar keroncong, tak semua orang akan faham titik sentuh kod walaupun sedap didengar. Begitulah gaya politik Haji Hadi Awang, beliau masih kekal dalam paksi kuasa politik.

Kalau kita dengar tiap permainan pemuzik okestra keroncong, setiap pemuzik itu bermain dengan riff berlainan tetapi masuk tune. Itu sebab sebahagian rakyat boleh keliru dengan pendirian politik Pas. Tetapi itulah dinamiknya.

Najib Razak
Beliau umpama kumpulan muzik joget, terlibat dalam majlis-majlis keraian masyarakat tradisional.

Ia akan menjadi apabila ada majlis keraian begitu, memang ramai yang akan ikut serta masuk berjoget dek kerancakan pukulan gendang rentak joget..pak pung pak pung.

Khairy Jamaludin
Ini watak rock n roll. Nampak senyap tetapi apabila kena tune dan mood, beliau boleh melantunkan rentak muzik yang catchy dan segar. Tapi orang-orang tua paling kejang otak dengan muzik rock n roll.

Mat Sabu
Abang Mat ini boleh diumpamakan seperti genre muzik grind-crusty, muzik yang sound rabak. Beliau tak peduli pun orang keliling kecam dan bising pasal muzik dia yang ntah apa punca. Hanya orang tertentu yang boleh masuk tune.

Muhyiddin Yassin
PM kita ini seperti gaya muzik blues. Cool and steady. Namun tak semua orang boleh masuk tune dan layan muzik blues.

Jangan salah faham juga, untuk menghayati muzik Blues tak perlu berdenggung, ia adalah muzik yang mempunyai bentuk muzikal catchy dan disebati dengan kejiwaan.

Itu sebab Muhyiddin Yassin dilihat terlalu cool oleh segelintir kelompok, tetapi sebagaimana muzik klasikal, blues juga ada elemen-elemen kejutan yang bisa membuatkan orang terus menerus melayani rentak lagu.

Gabungan watak rock progresif Azmin akan memberi wajah baru kepada watak blues Muhyiddin. Kita boleh bayangkan gabungan rock progresif+blues akan menghasilkan rentak muzikal lebih dinamik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: