Majlis Daerah Manjung, PBT terbaik perolehi gred tertinggi SPB-PBT

Majlis Daerah Manjong (MDM), Perak yang ditubuhkan pada tahun 1980 telah memperolehi gred tertinggi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa (SPB-PBT) yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin.

MDM telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 10 November 2001 menduduki senarai teratas 10 PBT seluruh Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam (6 November 2020).

SPB-PBT adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat MNKT ke-59 pada 2 Oktober 2007 supaya diwujudkan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) dan Pekeliling KSU KPKT Bil. 1 Tahun 2008.

Lanjutan daripada keputusan ini, KPKT telah mula melaksanakan SPB-PBT di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dan seterusnya di Sabah dan Sarawak pada tahun 2009.

Tujuan pelaksanaan SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT):
• Menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara melalui satu sistem penggredan yang seragam.
• Meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking untuk meningkatkan kapasiti daya saing setiap PBT.
• Mengemaskini ciri-ciri PBT berprestasi tinggi supaya sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan organisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: