Info PBT: Kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia

Tahukah anada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

Majlis/Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Daerah

Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu :

Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta. Contoh PBT adalah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta. Contoh PBT adalah Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Perbandaran Dungun.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 20 juta. Contoh PBT adalah Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Kuala Pilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: