Komuniti |Penggerak Pandan atur usaha selesai isu-isu komuniti Flat Pandan Perdana
7 November, PANDAN: Pagi tadi Penggerak Pandan mengadakan pertemuan santai bersama wakil masyarakat India, Cina dan Melayu di Flat Pandan Perdana, Parlimen Pandan.

Kunjungan ramah mesra bersama beberapa ketua keluarga turut berlangsung.
Pelbagai isu dibincangkan dan dilontarkan oleh komuniti flat tersebut termasuk mengecat semula bangunan flat yang dalam keadaan sangat teruk dan buruk, tangki air rosak dan berkarat serta kebersihan kawasan sekitar.

Selepas Deepavali, penduduk mengaturkan pertemuan antara Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim dengan barisan JMB untuk mencari titik penyelesaian isu-isu tertunggak.
Flat ini mempunyai sebanyak 800 pintu dengan penduduk lebih 5,000 penghuni (purata lima orang serumah). Ada yang mempunyai sehingga tujuh orang penghuni serumah. 90 peratus adalah pengundi Parlimen Pandan manakala 10 peratus lagi adalah warga asing.
_PPI