Komuniti |PKN bantu mangsa banjir Hulu Langat.

Walau bukan pertama kali, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN) terus membantu meringankan beban mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Hulu Langat, 3 hari lalu.

NGO induk itu bersama sayap-sayapnya iaitu Nation Of Women (NOW), Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara sehingga ke hari ini terus menghulurkan bantuan sama ada kudrat tulang empat kerat hingga sumbangan kewangan kepada mereka yang sekali lagi diuji dengan musibah banjir.

Jawatankuasa PKN Peringkat Parlimen Hulu Langat telah bertindak segera menyelaraskan bantuan daripada agensi keselamatan untuk memindahkan mangsa-masa yang terkandas akibat masalah kesihatan ke tempat yang selamat.

Keesokan harinya sedang mereka sibuk bergotong royong mengemas kediaman masing-masing, Pengerusi PKN Negeri Selangor, Saudara Fauzi Ahmad telah hadir melawat situasi lokasi dan menghulurkan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Hari ini pula giliran Pengerusi NOW Negeri Selangor, YB Dr Daroyah Alwi hadir bertanya khabar juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka di sana.

Rata-rata mangsa terharu dengan keprihatinan dan kebersamaan yang ditunjukkan kepimpinan PKN terhadap nasib mereka.

Inisiatif KPKT di bawah menterinya, YB Zuraida Kamaruddin nyata berjaya mengangkat semangat tolong menolong dan kerjasama dalam kalangan masyarakat selaras Dasar Komuniti Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: