PeKT Jambatan Menghubungkan Agensi Kerajaan Dengan Masyarakat.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah suatu inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan memperkasakan komuniti melalui Dasar Komuniti Negara.

Idea penubuhan yang diketengahkan menterinya, YB Zuraida Kamaruddin kini telah mula memperlihatkan hasil apabila wakil-wakil PeKT yang telah dilantik mula memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat di kawasan masing-masing.

Sebagai contoh ketika masalah air melanda Negeri Selangor, Pengerusi PeKT Kuala Langat, Saudara Basuki Yusof telah terkehadapan membantu masyarakat di kawasannya dengan mengaturkan kerjasama dengan Jabatan Bomba untuk menyalurkan bantuan air bersih.

Terbaru perkara sama turut berlaku di Hulu Langat apabila beberapa kawasan di sana teruk dilanda banjir kilat. Pengerusi PeKT Hulu Langat, Puan Anizan Osman pula menjadi jambatan kepada penyaluran bantuan daripada Jabatan Bomba kepada keluarga yang terjejas.

Perkara yang sama turut berlaku di seluruh Malaysia bukan sahaja bersama Jabatan Bomba, malah jabatan dan agensi kerajaan lain yang berkenaan.

Besar harapan agar PeKT terus konsisten dalam menjadi duta kecil di lapangan yang mampu mengetengahkan segala usaha dan inisiatif kerajaan prihatin Perikatan Nasional sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: