Rencana |Zuraida Kamaruddin konsisten martabat wanita.

Perjuangan YB Zuraida Kamaruddin dalam memperkasakan wanita tidak boleh disangkal lagi. Bermula sebagai aktivis, ahli politik, ahli parlimen dan kini sebagai menteri, beliau masih lagi teguh bersama usul perjuangan iaitu wanita di Malaysia harus diberikan pembelaan dan pemberdayaan sewajarnya.

Semasa menggalas amanah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat juga Ketua Wanita Pakatan Harapan sebelum ini, beliau telah secara konsisten memperjuang dan mempertahankan hak wanita di Negara ini dalam gelanggang Dewan Rakyat.

Isu-isu wanita terpinggir seperti pembelaan nasib wanita dan gadis Penan merupakan legasi YB Zuraida Kamaruddin yang akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia selama-lamanya.

Agenda pemberdayaan wanita terus diangkat apabila beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha pemberdayaan wanita dari sudut kepimpinan, YB Zuraida Kamaruddin telah mengusulkan 30% Ahli Majlis diberikan kepada golongan wanita, yang mana pendapat dan kepimpinan wanita amat-amat diperlukan di dalam pembangunan komuniti.

Selaku Menteri KPKT, YB Zuraida turut berusaha keras dalam merealisasikan Women Friendly City atau Bandar Mesra Wanita yang mana manfaatnya untuk keselamatan dan keselesaan wanita di Malaysia yang kini jumlahnya hampir separuh dari keseluruhan rakyat di negara ini.

KPKT dibawah kendalian YB Zuraida bukan sahaja cemerlang dalam menyelesaikan permasalahan dan isu-isu rakyat, tetapi juga berjaya untuk memartabatkan golongan wanita melalui dasar-dasar dan tindakan yang telah dilaksanakan.

Diyakini, setelah namanya dilantik sebagai salah seorang Majlis Pimpinan Tertinggi untuk Parti Bersatu, usaha-usaha pemberdayaan wanita akan diteruskan dengan memaksimakan potensi dan kapasiti wanita, menaiktaraf kehidupan sosio-ekonomi, kesihatan dan keselamatan wanita serta meningkatkan keupayaan kepimpinan dan pembuat keputusan wanita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: