PeKT Kapar Rai 200 Keluarga Sempena Deepavali.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kapar dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Sementa hari ini meraikan seramai 200 keluarga dalam program Jom Shopping Deepavali Dun Sementa 2020.

Pengerusinya merangkap Naib Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Kapar, Saudara Anbu Mani bersama pasukannya telah berjaya mengenalpasti seramai 200 keluarga penerima yang layak untuk diberikan baucar bernilai RM100 bagi membeli keperluan masing-masing menjelang perayaan Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi.

Mereka yang terpilih adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu di bawah RM2000 sebulan.

Dalam program yang diadakan di Pasaraya Econsave Jalan Hamzah Alang tadi, rata-rata penerima berasa gembira apabila mereka tetap boleh merayakan perayaan cahaya tersebut walau dalam serba kekurangan.

Program yang menitik beratkan pematuhan SOP Covid-19 ini juga diceriakan dengan kehadiran Ahli Dewan Negeri Sementa, YB Dr Daroyah Alwi.

Menurutnya, aktiviti ini merupakan program tahunan dan semua masyarakat di sini akan tetap diraikan sama tanpa membezakan warna kulit mengikut perayaan masing-masing.

Usaha berterusan sebegini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang kuat dan bersatu hati selaras hasrat KPKT di bawah Dasar Komuniti Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: